Last updated 10 June 2018

Dasar Privasi

Memastikan keselamatan maklumat peribadi yang anda serahkan merupakan suatu keutamaan kepada Jeunesse Global. Dasar Privasi kami dihasilkan sebagai suatu lanjutan kepada komitmen kami menggabungkan produk-produk dan perkhidmatan-perkhidmatan berkualiti kami dengan integriti semasa berunding dengan pengguna kami serta mencerminkan komitmen kami kepada privasi dan keselamatan anda.

Dengan menggunakan tapak web ini, anda membenarkan pengumpulan dan penggunaan maklumat oleh Jeunesse seperti mana diterangkan dalam Dasar Privasi ini.

Jeunesse mematuhi prinsip-prinsip privasi bagi notis, pilihan, pindahan seterusnya, keselamatan, integriti data, akses dan penguatkuasaan.

Dasar privasi ini merangkumi pengumpulan dan penggunaan data melalui tapak-tapak web www.jeunesseglobal.comwww.jeunesseglobal2.com (secara kolektif dirujuk sebagai “Tapak Web”), dan aplikasi telefon pintar JMobile™ , dan aplikasi telefon pintar [*]™ (secara kolektif dirujuk sebagai “Aplikasi Telefon Pintar”).  Tapak-tapak Web dan Aplikasi Telefon Pintar secara kolektif dirujuk sebagai “Tapak Jeunesse”.

Kami mahu penggunaan Tapak Jeunesse Site dan perkhidmatan yang kami tawarkan kepada anda itu produktif serta selamat dan kami telah berusaha gigih untuk menyimpan maklumat anda sulit dan selamat pada setiap masa di dalam sistem kami.

Sekiranya anda ada apa-apa pertanyaan atau kebimbangan mengenai pernyataan ini, anda harus menghubungi Doug Whitehead terlebih dahulu di [email protected].

Dasar Privasi kami direka bentuk untuk membantu anda memahami cara kami mengumpul, menggunakan dan memelihara maklumat peribadi yang anda bekalkan kepada kami di samping membantu anda membuat keputusan termaklum semasa menggunakan tapak, produk dan perkhidmatan kami.

Maklumat Peribadi

Tapak Jeunesse mengumpulkan pelbagai jenis maklumat peribadi yang boleh mendedahkan identiti anda (PII – Personal Identifiable Information) seperti nama, alamat, alamat e-mel dan nombor telefon.

Semasa anda muat turun dan gunakan Aplikasi Telefon Pintar anda, kami akan mengumpul maklumat mengenai jenis peranti yang anda gunakan, versi sistem pengendalian dan pengenal pasti peranti tersebut secara automatik. Kami tidak meminta untuk, mengakses atau menjejak mana-mana maklumat berasaskan lokasi daripada JMobile anda pada bila-bila masa ketika memuat turun atau menggunakan JMobile. Walau bagaimanapun, kami ada meminta untuk, mengakses dan menjejak maklumat berasaskan lokasi semasa menggunakan [IA App].

Kami menghantar pemberitahuan tolak dari masa ke semasa untuk mengemaskinikan anda dengan maklumat mengenai apa-apa acara atau promosi yang mungkin kami jalankan. Jika anda tidak mahu menerima jenis-jenis komunikasi sedemikian, anda boleh menyahaktifkannya pada tahap peranti. Untuk memastikan anda menerima pemberitahuan yang sesuai, kami perlu mengumpulkan maklumat tertentu tentang peranti anda seperti sistem pengendalian dan maklumat pengenalan pengguna.

Untuk menyesuaikan komunikasi kami yang seterusnya kepada anda di samping sentiasa menambahbaikkan produk dan perkhidmatan kami, kami mungkin akan meminta anda secara sukarela untuk membekalkan kami dengan maklumat mengenai minat peribadi dan profesional anda, demografi, pengalaman anda menggunakan produk kami dan pihak hubungan yang menjadi pilihan.

Secara amnya, anda dapat mengunjungi Tapak Jeunesse tanpa memasukkan apa-apa PII.  Walau bagaimanapun, jika anda memilih untuk menempatkan suatu pesanan di Tapak Jeunesse, kami memerlukan anda membekalkan nama anda, alamat surat-menyurat, alamat pembilan, alamat e-mel, nombor telefon, nombor kad kredit dan tarikh luputnya.

Semua maklumat ini penting untuk kami melengkapkan transaksi tersebut dan memberitahu anda status pesanan anda.

Bagi pengedar pula, tujuan Tapak Jeunesse adalah untuk mengurus hak pengedaran, pelanggan-pelanggan terpilih dan rangkaian pengedar. Jika anda seorang pengedar. Tapak Jeunesse membolehkan anda memesan produk dan mengurus hak pengedaran anda.

Untuk menggunakan JMobile atau perkhidmatan rencam Tapak Web, anda mesti mempunyai suatu Log Masuk Pengedar yang dibekalkan oleh Jeunesse.

Semasa mendaftar untuk menjadi pengedar Jeunesse dan dengan itu memperoleh akses ke www.Jeunesseglobal.com dan www.JeunesseGlobal2.com, kami mengumpulkan PII anda, termasuk nama anda, alamat rumah atau perniagaan, nombor telefon, alamat e-mel, alamat IP, nombor kad kredit dan tarikh luputnya, maklumat akaun bank (untuk deposit terus atau debit terus), dan pelbagai data pengenalpastian yang diberikan oleh kerajaan, termasuk, tetapi tidak terhad kepada, nombor pasport anda, nombor pengenalan cukai, nombor kad ID nasional, nombor insurans sosial, dsbnya. Kami juga mungkin mengumpulkan salinan imbas ID foto yang dikeluarkan oleh kerajaan.

Data ini penting untuk mengurus hak pengedaran Jeunesse anda bagi tujuan mengenalpasti identiti anda, penempatan hak pengedaran anda dan hak pengedaran barisan bawah dalam pohon, pengurusan pematuhan, pemesanan produk, pengiktirafan dan ganjaran, dan pengiraan komisen dan bayaran.

Kami hanya membenarkan barisan atas anda melihat PII yang berikut: nama anda, negara anda didaftarkan, nama pengguna anda, dan nama penaja anda.

Kami membenarkan penaja anda melihat nama, alamat e-mel dan nombor telefon anda.

Sekiranya anda memilih untuk menggunakan tapak web yang direplikasikan, kami akan memaparkan PII yang anda pilih secara nyata: nama, URL Tapak, nombor telefon.

Kami juga mengumpul maklumat peribadi pihak ketiga daripada pelanggan, termasuk nama, alamat, nombor telefon, alamat e-mel, dan nombor kad kredit mereka serta tarikh luput kad tersebut.

PII ini hanya digunakan untuk mengenakan caj bagi pesanan produk dan penghantaran produk dan bukan bagi apa-apa tujuan lain.

Maklumat Bukan Peribadi Yang Boleh Dedah Identiti Dikumpulkan Secara Automatik

Seperti mana benar dengan kebanyakan tapak web, kami mengumpulkan maklumat tertentu secara automatik dan menyimpannya di dalam fail-fail log. Maklumat ini mungkin termasuk alamat protokol internet (IP), jenis penyemak imbas, jenis domain, penyedia perkhidmatan internet (ISP), halaman merujuk/keluar, sistem pengendalian, cap tarikh/waktu, dan/atau data penstriman klik.

Kami menggunakan perisian analisis mudah alih untuk membolehkan kami memahami kefungsian Aplikasi Telefon Pintar kami pada peranti anda dengan lebih baik. Perisian ini boleh merekodkan maklumat seperti berapa kerap anda menggunakan aplikasi tersebut, kejadian yang berlaku dalam aplikasi tersebut, penggunaan beragregat, data prestasi dan lokasi aplikasi dimuat turun. Kami tidak memautkan maklumat yang kami simpan dalam perisian analisis kepada mana-mana maklumat peribadi yang boleh mendedahkan identiti anda yang anda serahkan dalam Aplikasi Telefon Pintar.

Penambahan Maklumat

Untuk melindungi akaun anda, kami mungkin sekali-sekala membuat penambahan kepada maklumat peribadi yang anda serah kepada kami dengan maklumat daripada sumber-sumber pihak ketiga.

Kami menggunakan perkhidmatan syarikat-syarikat yang menerajui industri untuk mengesahkan identiti anda, untuk mencegah pihak lain daripada memfraud akaun anda atau syarikat.

Tinjauan Semula Produk/Testimonial

Jika anda memberi testimonial atau tinjauan semula produk di Tapak Jeunesse, anda harus sedar bahawa apa-apa maklumat peribadi yang anda serahkan di situ boleh dibaca, dikumpulkan, atau digunakan oleh pengguna lain forum-forum ini, serta digunakan untuk menghantar anda mesej tanpa diminta.

Untuk testimonial, kami mendapatkan keizinan pelanggan sebelum menyiarkan nama dan testimonial videonya.

Jika anda memasukkan komen dalam forum awam, kami tidak bertanggungjawab terhadap maklumat yang anda pilih untuk serahkan dalam komen-komen ini.

Jika anda ingin mengeluarkan maklumat peribadi anda yang dipaparkan di Tapak Jeunesse di bawah halaman awam, sila hubungi kami di [email protected].

Bagaimana Kami Menggunakan Maklumat Anda

Kami mungkin menggunakan alamat e-mel, alamat surat-menyurat dan/atau nombor telefon anda untuk menyediakan sokongan pelanggan berkualiti atau untuk menghubungi anda mengenai status pesanan, produk atau masalah pencapaian dan aktiviti-aktiviti lain berkaitan dengan perkhidmatan pelanggan.

Kami mungkin menggunakan alamat e-mel, alamat surat-menyurat dan/atau nombor telefon anda untuk menghubungi anda mengenai tawaran produk baru, jualan istimewa, surat berita, penyelidikan pasaran, dan penguatkuasaan kontrak hak pengedaran dan aspek-aspek lain tentang penggunaan Tapak Jeunesse oleh anda.

Walau bagaimanapun, jika anda tidak mahu menerima komunikasi sedemikian, anda boleh “pilih untuk keluar” pada bila-bila masa dan anda tidak akan dihubungi lagi, melainkan anda menempatkan pesanan produk.  Sekiranya begitu, kami akan menghantar anda suatu pengesahan pesanan.

Dari masa ke semasa, kami mungkin meminta anda menjawab beberapa tinjauan mengenai produk-produk semasa atau masa depan Jeunesse, serta menentukan jam kerja pada setiap tahap dalam pelan pampasan.  Penyertaan dalam tinjauan ini tidaklah wajib. Respons tinjauan hanya digunakan secara beragregat, dan tidak sama sekali dihubungkan kepada mana-mana individu.

Kami mungkin sekali-sekala berkongsi data tinjauan agregat dengan anggota gabungan dan rakan kongsi perkembangan kami untuk memudahkan pembangunan produk baru serta meningkatkan perkhidmatan pelanggan dan kepuasan pelanggan secara keseluruhan.

Pilihan dan Perkongsian Maklumat

Jeunesse bukan suatu “broker maklumat”.

Kami tidak terlibat dalam penjualan profil, maklumat hubungan, tabiat penggunaan web, tingkah laku, corak belian atau maklumat demografi tentang pelanggan, rakan kongsi atau pengguna kami.

Kami menggunakan maklumat yang kami kumpulkan tentang anda untuk memproses pesanan, membayar komisen dan menyediakan perkhidmatan yang paling baik dan peribadi yang mungkin.

Kami tidak akan menggunakan atau berkongsi PII yang dibekalkan kepada kami dalam talian melalui cara-cara yang tidak berkaitan dengan apa yang dihuraikan di atas tanpa memaklumkan anda terlebih dahulu dan memberi anda peluang untuk membuat pilihan. Kami juga memberi anda peluang untuk memaklumkan kami jika anda tidak mahu menerima bahan pemasaran tanpa diminta daripada kami dan kami akan melakukan segala yang termampu untuk mematuhi permintaan sedemikian.

Ejen/Penyedia Perkhidmatan

Kami menggunakan pihak ketiga seperti syarikat pengiriman untuk memenuhi pesanan dan syarikat pemprosesan kad kredit untuk membil anda untuk barangan dan perkhidmatan.

Kami menggunakan Live Chat untuk membantu anda jika anda ada pertanyaan semasa menggunakan tapak kami atau mengenai pesanan anda.

Apabila anda membeli produk dan menggunakan tapak kami, kami akan berkongsi nama, alamat, nombor telefon dan alamat e-mel anda sepertimana diperlukan agar pihak ketiga dapat menyediakan perkhidmatan tersebut.

Pihak ketiga tersebut dilarang menggunakan maklumat peribadi anda bagi tujuan promosi atau mana-mana tujuan lain selain daripada apa yang perlu untuk menyediakan perkhidmatan kepada kami.

Peralihan Perniagaan

Sekiranya Jeunesse melalui suatu peralihan perniagaan, seperti penggabungan, perolehan oleh syarikat lain, atau penjualan semua atau sebahagian daripada asetnya, maklumat peribadi anda kemungkinan antara aset yang dipindahkan.

Anda akan diberitahu melalui e-mel dan/atau notis nyata pada tapak web kami tentang apa-apa perubahan dalam pemilikan atau kawalan maklumat peribadi anda, di samping apa-apa pilihan yang anda ada mengenai maklumat peribadi anda.

Penafian Undang-undang

Selain keadaan yang diterangkan di atas, Jeunesse mungkin mendedahkan atau melepaskan maklumat apabila kami, secara ikhlas, percaya bahawa berbuat demikian adalah wajar. (i) untuk mematuhi undang-undang, prosiding kehakiman, perintah mahkamah, atau proses undang-undang yang terdapat pada tapak Web kami (ii) untuk menguatkuasakan atau menggunapakai terma-terma Perjanjian Pengguna; atau (iii) untuk melindungi hak, harta atau keselamatan Tapak Jeunesse, pengguna kami, atau pihak lain.

Pautan ke Tapak-tapak Lain

Tapak Jeunesse ini mengandungi pautan ke tapak-tapak lain yang tidak dimiliki atau dikawal oleh Jeunesse.

Harap maklum bahawa kami, Jeunesse, tidak bertanggungjawab ke atas amalan privasi tapak lain yang sedemikian.

Kami menggalakkan anda agar sedar apabila anda meninggalkan tapak kami dan membaca dasar privasi bagi setiap tapak Web yang mengumpulkan maklumat peribadi.

Dasar Privasi ini hanya digunapakai untuk merangkumi maklumat yang dikumpulkan oleh Tapak Jeunesse ini.

Widget Media Sosial

Tapak web kami merangkumi ciri-ciri media sosial, seperti butang Like (Suka) Facebook dan widget, seperti butang ShareThis (Kongsi Ini) atau program mini interaktif yang dijalankan pada tapak kami.

Ciri-ciri ini mungkin mengumpul alamat IP anda, halaman mana yang dilayari di tapak kami, dan mungkin menetapkan cookie untuk membolehkan ciri tersebut berfungsi dengan sempurna.

Ciri-ciri media sosial dan widget sama ada dihos oleh pihak ketiga atau dihos secara langsung di tapak web kami.

Interaksi anda dengan ciri-ciri ini dikawal atur oleh dasar privasi syarikat yang membekalkannya.

Maklumat Penjejakan

Jeunesse tidak menjejak aktiviti dalam talian pengguna Tapak Jeunesse mengikut edaran masa atau membenarkan pihak lain berbuat demikian di Tapak Jeunesse.

Fail Log

Seperti kebanyakan tapak web, Tapak Jeunesse merekodkan maklumat penjejakan tertentu pada bila-bila masa seseorang mengunjungi tapak tersebut.

Bagi setiap halaman web yang dilihat, rekod pelayan web kami merekodkan alamat IP, sistem pengendalian, versi penyemak imbas dan nama halaman yang dilihat.

Kami menggunakan perkhidmatan penjejakan pihak ketiga yang menggunakan teknologi penjejakan untuk menjejak maklumat bukan peribadi mengenai pelawat ke tapak kami.

Maklumat ini tidak dipaut ke mana-mana pengguna tertentu dan digunakan secara agregat untuk menyelenggarakan, menjejak prestasi dan menambahbaikkan Tapak Jeunesse.

Cookie

Cookie adalah keratan maklumat yang disimpan oleh penyemak imbas anda pada cakera keras komputer anda.

Tapak Jeunesse menggunakan cookie khususnya bagi tujuan mengenalpasti pengguna kami secara unik dan melindungi maklumat peribadi mereka.

Kami juga menggunakan cookie untuk menjejak proses pesanan anda tanpa perlunya untuk memasukkan semula atau mengesahkan semula kata laluan atau maklumat peribadi pada setiap halaman bagi tapak.

Berbanding menyimpan maklumat ini di pelayan Jeunesse, cookie tersebut disimpan dalam komputer anda dan hanya diaktifkan semasa anda mengunjungi Tapak Jeunesse.

Privasi dan keselamatan anda tidak dikompromikan semasa anda menerima cookie dari Tapak Jeunesse.

Tiada sesiapa pun yang boleh mengakses maklumat tersebut kecuali Jeunesse.

Teknologi Penjejakan Pihak Ketiga

Sesetengah daripada rakan niaga kami menggunakan cookie dan bikon web di tapak kami.

Kami tidak mempunyai akses atau kawalan terhadap penjejak pihak ketiga ini.

Clear Gifs (Bikon Web/Pepijat Web)

Kami mungkin menggunapakai teknologi perisian yang disebut clear gifs (aka Bikon Web/Pepijat Web), yang membantu kami menambahbaikkan pengurusan kandungan di tapak kami dengan memberitahu kami mana antara kandungan yang berkesan.

Clear gifs adalah grafik kecil dengan pengenalpasti unik, yang mempunyai fungsi yang serupa dengan cookie, dan digunakan untuk menjejak pergerakan dalam talian pengguna Web.

Berbeza pula dengan cookie, yang disimpan dalam cakera keras komputer pengguna, clear gifs terbenam secara halimunan pada halaman Web dan saiznya lebih kurang sebesar titik noktah di penghujung ayat ini.

Kami tidak mengikat maklumat yang dikumpulkan oleh clear gifs kepada maklumat peribadi pelanggan kami.

Kami mungkin menggunakan clear gifs dalam e-mel berasaskan HTML kami untuk memberitahu kami mana antara e-mel telah dibuka oleh penerima.

Ini membolehkan kami mengukur keberkesanan komunikasi tertentu dan keberkesanan kempen-kempen pemasaran kami.

Jika anda tidak mahu menerima e-mel ini, sila lihat “How We Use Your Information” (Bagaimana Kami Menggunakan Maklumat Anda).

Cookie Kilat

Kami tidak menggunakan cookie Kilat untuk mengumpul dan menyimpan maklumat.

Penyimpanan Data

Kami akan menyimpan maklumat anda selama akaun anda aktif, sepertimana diperlukan untuk menyediakan anda perkhidmatan dan akan menggunakan maklumat anda sepertimana wajar untuk mematuhi obligasi undang-undang kami, menyelesaikan pertikaian dan menguatkuasakan perjanjian kami.

Dasar “Pilih untuk Keluar” & E-mel

Kami mungkin menggunakan alamat e-mel yang anda bekalkan untuk menghubungi anda mengenai perkara yang berikut:

1 Status Pendaftaran Pengguna (termasuk pengesahan pendaftaran akaun);

2 Status Pesanan dan Pemberitahuan Pengiriman

3 Tinjauan Kepuasan Pelanggan Dalam Talian

4 Perubahan utama kepada tapak web, tambahan produk atau perkhidmatan baru;

5 Bahan promosi dan pemasaran yang kami fikir mungkin memanfaatkan anda

Jika anda tidak mahu menerima maklumat mengenai produk atau perkhidmatan yang kami rasa mungkin menarik bagi anda, anda boleh menukarkan pilihan pemberitahuan dalam tetapan akaun anda.

Jika anda tidak mahu menerima mana-mana antara e-mel ini, anda boleh memilih untuk pilih keluar dengan mengklik pautan Opt-Out atau dengan menyerahkan alamat e-mel anda kepada [email protected] atau dengan mengikut arahan untuk hentikan langganan bagi setiap e-mel komunikasi.

Melindungi Maklumat Peribadi Anda

Jeunesse komited dalam memastikan keselamatan maklumat anda. Untuk mengelakkan akses atau pendedahan tanpa kebenaran, mengekalkan kejituan data, dan memastikan penggunaan maklumat secara wajar, kami telah menetapkan tatacara fizikal, elektronik, dan pengurusan yang wajar untuk memelihara dan melindungi maklumat yang kami kumpulkan dalam talian. Kami mengutamakan keselamatan Maklumat Peribadi yang Boleh Dikenalpasti dan mengambil langkah-langkah yang wajar secara komersil untuk melindungi dan memelihara maklumat sedemikian.

Tapak Jeunesse menggunakan lapisan soket selamat (SSL – Secure Sockets Layer) untuk menyulitkan pemindahan maklumat sensitif, seperti kata laluan akaun anda dan maklumat pembilan termasuk kad kredit, dari penyemak imbas anda ke pelayan web kami.

Hanya empat (4) digit terakhir nombor kad kredit anda akan dipaparkan dalam akaun anda.

Semasa anda menempatkan pesanan dengan kami, anda diberikan peluang untuk memilih sama ada anda mahu menyimpan nombor kad kredit anda di dalam sistem kami ataupun sebaliknya.

E-mel yang anda hantar kepada kami mungkin tidak selamat melainkan dinyatakan bahawa langkah keselamatan akan ditetapkan sebelum anda menghantar maklumat anda. Atas sebab ini, kami meminta agar anda tidak menghantar maklumat sulit seperti nombor kad kredit atau nombor akaun kepada kami melalui e-mel.

Protokol SSL yang sama juga berperanan untuk mengesahkan ketulenan Tapak Jeunesse tersebut dan menghalang “penggodam” daripada menyamar sebagai mana-mana tapak kami semasa anda log masuk ke akaun anda. Ini dilakukan melalui “sijil digital” yang merupakan “kad pengenalan” elektronik yang tidak boleh dilupai.

Jika tapak web lain cuba memalsukan identitinya sebagai sebuah tapak Jeunesse, penyemak imbas web anda akan memaparkan amaran yang menyatakan terdapat masalah dengan sijil digital untuk Tapak Jeunesse tersebut. Jangan log masuk ke tapak-tapak tersebut sekiranya anda melihat mana-mana amaran sedemikian.

Secara amnya, kami mematuhi piawaian industri untuk melindungi maklumat peribadi yang diserahkan kepada kami, semasa penghantaran dan juga ketika kami menerimanya.

Walau bagaimanapun, tiada sebarang kaedah penghantaran merentasi Internet, atau kaedah penyimpanan elektronik, yang 100% selamat.  Oleh itu, kami berikhtiar untuk menggunakan cara-cara yang diterima secara komersil untuk melindungi maklumat peribadi anda tetapi kami tidak dapat menjamin keselamatannya sepenuhnya.

Sekiranya anda ada apa-apa soalan mengenai keselamatan di tapak Web kami, anda boleh menghantar e-mel kepada kami di [email protected].

Mengemaskinikan Maklumat Peribadi Anda

Pengedar atau pelanggan pilihan boleh mengemaskinikan atau membetulkan maklumat peribadi mereka pada bila-bila masa dengan mengunjungi bahagian “My Profile” (Profil Saya) di Tapak Jeunesse.

Jika anda mahu mengakses, memadamkan atau membetulkan maklumat anda, sila isi tiket bantuan meja melalui JOffice anda atau hubungi kami melalui telefon.

Permintaan untuk akses akan dibalas dalam tempoh 30 hari selepas permintaan tersebut diterima.

Dasar Kanak-kanak

Tapak web tidak ditujukan bagi penggunaan kanak-kanak, dan kanak-kanak di bawah umur 13 tahun tidak dibenarkan menggunakan Tapak Web tersebut dan dilarang menyerahkan apa-apa maklumat peribadi kepada kami. Kami tidak akan secara sengaja memasarkan atau meminta maklumat daripada kanak-kanak di bawah usia 13 tahun.

Perubahan dalam Dasar Privasi

Sekiranya kami memutuskan untuk menukarkan dasar privasi kami, kami akan mengumumkan perubahan tersebut dalam dasar privasi ini, dan di tempat-tempat lain yang kami anggap wajar agar anda ketahui jenis maklumat yang kami kumpulkan, cara kami menggunakannya, dan di bawah keadaan apa, jika ada, kami mendedahkannya.

Kami berhak untuk mengubahsuai dasar privasi ini pada bila-bila masa, jadi sila semaknya dengan kerap.

Jika kami membuat perubahan-perubahan penting dalam dasar ini, kami akan memberitahu anda mengenainya di sini, melalui e-mel, atau melalui suatu notis di laman utama kami sebelum perubahan tersebut dikuatkuasakan.

Share This